4

Pisang dan hati

tuk renungan..

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

****Moga sama-sama mendapat iktibar....

dr suzana ghazali penulis ruangan resepi hidup - mingguan wanita

4 yg comments:

Maharani said...

pengajaran yg baik. tak baik dendam kat org... meh kita kawan jer suma org. takde la bawak pisang busuk.


tp mula2 tom tgk tajuk td, tom igt kan resipi masak hati pisang. eh! mana ada hati pisang. jantung pisang. hahaha

sweets_mama said...

kak ingat resipi baru tadi..pisang kalu lama benyek mmg busuk...so mkn pisang cepat2...
dendam n benci mmg penyakit yg patut di jauhi...dh manusia x lari..x bnyk sikit ada..setakat ni x de la..I/Allah...

POSH76 said...

betoi2 kt pun bukan nak dok lama2 kat dunia ni..biar org buat kt..kt jgn buat org...

luv_ma said...

tom,.
betul tu..ikhlas berkawan.
hehehe resepi tu yg x tahan..

kaksweet,
kan pisang x tahan lame cepat busuk..goreng pun sodap!heheh
yg bahaya kalau dendam siap mandrem tu...jauhkanlaah..

kakPOSH,
thanx kak..harap2 mcm tulah.beringat kan.:)

Related Posts with Thumbnails
Back to Top