0

Diri kita tidak pernah serik diduga

untuk d share bersama..

Hidup kita ni tak akan pernah serik dari diduga, dicuba dan diuji dengan pelbagai permasalahan.


Bagi orang berfikiran positif, dia akan menganggap masalah sebagai cabaran buat diri. Tetapi, bagi orang yang berfikiran negatif, masalah menambahkan lagi kesesakan pelbagai masalah yang sedia bersarang di fikirannya.

Hidup punya cara tertentu untuk membentuk kita menjadi insan cemerlang. Caranya amat misteri, namun senang dikenal pasti jika kita rajin berfikir.

Respon setiap orang ketika menghadapi masalah adalah berbeza. Perbezaan itu terjadi kerana kita dibentuk oleh suasana berbeza, citarasa berbeza, cara berfikir yang berbeza dan cara bertindak yang berbeza.

Oleh kerana itu, untuk mendapat hasil yang baik, yang cemerlang, yang OK, kita kena respon positif kepada setiap masalah. Tak kiralah sama ada masalah itu kecil atau besar, hadapi dengan hati yang lapang dan fikiran yang positif..

Saya percaya setiap masalah didatangkan oleh Yang Maha Esa untuk membentuk kita menjadi kuat menghadapi apa saja kemungkinan yang akan datang selepas itu. Kita takkan tahu apa yang ada di sebalik masalah, tapi paling pasti, mentaliti kita akan berubah setiap kali mendepani masalah.

Kita akan jadi lebih berani, lebih tekad, jadi optimis. Pemikiran berubah, percakapan berubah dan tindakan juga berubah. Syaratnya, kita perlu positifkan fikiran, percakapan dan perangai kita ketika mendepani masalah.

Kita akan tetap berada dalam masalah selagi kita masih berfikiran negatif. Negatif yang cemana ya?

Memandang negatif pada setiap orang, benda, situasi dan perkara bahkan memandang negatif pada sebab mengapa Yang Maha Esa menurunkan musibah ke atas kita.

Untuk cemerlang dalam hidup, pandai-pandailah kita dekatkan diri pada Yang Maha Esa, pencipta kita dan alam semesta. Dari situ akan datang ketenangan.

Bila sudah ada ketenangan, mudah untuk kita mencetuskan kecemerlangan dalam apa jua yang kita lakukan.

Sebaliknya, jika kita tak tenang (iaitu tertekan, bercelaru, bingung, keliru, marah, geram) susah untuk kita nak jadi sukses dalam apa yang kita usahakan.

Jika Anda lihat pada orang yang asyik tertekan, yang asyik menahan geram, marah dan sakit hati pada satu-satu situasi, dia tak akan cemerlang dalam apa yang dibuat olehnya. Maksud saya, apa yang dibuatnya akan kurang berhasil.

Hmm.. panjang saya berfalsafah.

Terasa bagai diri saya macam Anakin Skywalker yang tak dapat nak menyelamatkan nyawa ibu kesayangannya ketika ibunya diculik oleh Sand People dalam filem Star Wars episod kedua. Dia berjuang sehabis daya menyelamatkan nyawa orang lain dalam beratus misi-misi penting, tapi tak dapat menyelamatkan nyawa ibu sendiri.

Mengapa saya berfikiran begitu? Sebab saya percaya dan benar-benar yakin hidup ini penuh dengan pelbagai keajaiban!

Everything happens for a reason. Mesti ada sebabnya. Setiap kali saya bertanya apa yang hidup ini nak mengajar saya sebenarnya.

Dah banyak kegagalan saya lalui, segala macam permasalahan dan berbagai dugaan saya tempuhi. Saya tertanya sendiri mengapa itu semua berlaku dan apa tujuannya ia dimunculkan dalam hidup saya, satu persatu.

Mungkinkah ia untuk menyediakan saya menghadapi sesuatu?

Atau untuk menjadikan saya seseorang yang lain dari attitude saya yang sebelumnya?

Soalan-soalan itulah yang sering menghantui fikiran saya hingga asyik membuat saya tak cukup tidur. Minda saya terus bertanya, bertanya, bertanya.

Apa jua yang Anda hadapi sekarang ni, biar pandang dari sudut positif, sebab berbuat begitu akan membuat Anda bertemu dengan penyelesaian positif. Kena "be strong!"


~copy artikel ni sungguh bermakna:)

0 yg comments:

Related Posts with Thumbnails
Back to Top