8

Kenalpasti ciri2 Wanita Melalui (Zodiak)

siapa yg zodiaknya GEMINI? ma gemini:) symbol twins. memandang burfday akan dtg,.
copy pasted kat sni ciri2 wanita gemini..jom layannzzz...

Wanita Angin

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23
Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).


*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek
kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya
boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk
mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian
dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati
mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
........................

yg ni pulak tuk zodiak lain..:)

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23
Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun
ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak
pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi
sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang
mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa
sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus
diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
Anda atau Girlfriend anda pulak bagaimana?

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23
September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan
material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan
wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka
semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering
terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang
kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23
Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,
berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang
berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan
cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

8 yg comments:

iNa said...

hehe..
taurus..wanita tanah.. :) ...

Unknown said...

mmg ngam jadi wanita angin..sbb tu kapla angin hahaha

eynda said...

Akak wanita air...imaginatif...cepat kesian kat org...hhmm.. betul la tu :-)

m@ said...

ha samekn..ma pn bnyk yg same dlm list2 tu:)

hehehe sis POSH..kebetulan aje.

Suriza_Eryna said...

Ma rasa su kat mana?... tekalah ma tahu su sifat mcm mana kan...

Maharani said...

tom adalah wanita tanah yg setia katanya. hahahaha....

berjaya dlm business? amin..........

mimie said...

waahhh ma... kita sama bintang daaa... bila besday ma..?

mamaorg said...

ma, kin pun gemini.baru je lepas besday 23hb ritu :)

Related Posts with Thumbnails
Back to Top