11

ALPOKAT juice..


yehaa...

baru selesai kekenyangan sampai senak pewot menghirup smoothie avocado ni.

pertama kali minum kat bandung yg direcommand kn dr diana..:) punyelah sedap..tekak ni sik nk minum je kat sane time tu'.

bahannya

1 biji buah avocado
susu segar
ice cube
gula perang


kasik tenggelam sume.


taraa...~


ma mix dgn milo 3in1 original fuze tu tuk tmbh lebih sodaap...:)


sedikit info sal buah avocado

Nama saintifik avokado ialah Persia americana Mill atau Persea gratissisima Gaertn. Keluarga buah ni ialah LAURACEAE. Secara amnya, sangat dikenali dengan nama Avokado, avokado pear, abukado (Filipina), alpukat (Indonesia).

Buah dan daun avokado mengandungi saponin alkaloid dan flavanoid. Buahnya juga mengandungi tanin manakala daun sahaja mengandungi polifenol, quersetin dan gula alkohol persiit..

Kandungan nutrisi dalam satu buah alpukat adalah sebagai berikut :
1. 95 mg fosfor
2. 23 mg kalsium
3. 1,4 mg zat besi
4. 9mg sodium
5. 1,3mg potasium
6. 8,6 mg niacin
7. 660 I.U. Vitamin A
8. 82 mg Vitamin C

Dalam ilmu perubatan Cina dan perubatan tradisional lain, avokado dikatakan memiliki daun yang bersifat pahit, kelat dan diuretik manakala bijinya bersifat anti-radang dan analgesik. Hasil kajian dan penyelidikan menunjukkan daun buah ini bersifat anti-bakteria. Ia menghapuskan pertumbuhan beberapa spesies bakteria speperti Staphlococus sp. , Pseudomonas sp., Escherichea sp. dan Basillicus sp.

Khasiat perubatan diperoleh dengan penggunaan isi buah, daun dan biji avokado. Kalau dilihat di pasaran, memang buah ini sudah dikomersialkan secara meluas dan dipatenkan sebagai ubat.
Antara penyakit yang dirawat dengan buah ini termasuklah batu karang, darah tinggi, sakit kepala, kulit muka kering (jadikan masker), sakit gigi berlubang, kencing manis, bengkak pada mana-mana bahagian badan kerana sakit, sakit saraf dan sakit perut, salur nafas membengkak dan menstruasi yang tidak teratur.
Wanita hamil
adalah dilarang untuk mengambil buah ini.



bnyk kebaikan buah avocado ni..cube k.!








11 yg comments:

iNa said...

yumm...nmpk sedap..patut la smpai senak perut minum air..heheh..

Azmiezas said...

Seumur hidup tak penah makan n minum jusnya...sedap tak??..biasa la benda yg jd ubat mesti kita susah sikit nak makan @ minum..he..he..

baizura said...

best nyeeee masih terasa minum time kat bandung... bile lagi ek nak g bandung?? rase mengidam nak g lagi....

m@ said...

hehehe mmg sodap..buat k..:)

m@ said...

kak az,
jus dia sedap..
cubelah..x rasa pahit pun sbb dh letak gula..milk kn..;0

zura,
wah lame x nmpk sehat ke..?
kan..mmg teringt bandung mariii..
thn dpn lak planning..:-p

Emilia said...

wah nampak sedap la ma... bnyak pulak khasiatnya...bole cuba ni :D

eynda said...

Dok makan buat salad je...macam best pulak tengok jus ni...

LiAnA said...

rumah mak akak ada tanam ni.. time berbuah mmg byk.. selalu buh dlm ABC.. fuhhh mmg sedap..

paling simple mkn dgn air gula melaka..
mak akak org minangkabau tu yg tau cara mkn kekek

Prettylady-ATuL said...

kenapa wanita hamil dilarang ye amik buah ni ?

Prettylady-ATuL said...

mcm nak try je resipi ni weekend nnt... rasanya diana suka air alpukat ni...gi ayam penyet dia order air ni.

m@ said...

kakeynda..sedap cubelah buat..:)

emi..ha khasiat dia bnyk,boleh buat masker gak ni.:-p

kakliana...wah lg best terus petik2 je..nk beli mahal.sebijik 4.50 huhu
dpt bayangkn dgn air gula manis2 gtu..sedap..minagkabau rupenya..:)

prety,
ade jugak sumber yg kate bagus amik kalau preggy' specially awl2 bulan tuk elak loya tu..:)

sumber yg ma surfing ni x menyatakn pulak sbb wanita hamil x boleh mkn..kne surfing2 lg :-p

aha..diana selalu ke jakarta..kat sane mmg minuman fav alpukat ni..dh jd fav dia gak :)

Related Posts with Thumbnails
Back to Top